Thursday, August 12, 2010

AKU pasrah....coretan DARI HATI..


Kepada kekasih hatiku, Muhammad Shafiq bin Mohd. Khairool



Kau cinta pertamaku,
Aku ingin menjadi cinta terakhir mu,
Tiada apa yang ku bisa nafikan kasih kita… kau satu satu antara seribu, tiada tara di dunia.. tapi….
Mungkinkan terputus di tengah jalan, mungkinkah kan terlerai tanpa ikatan.. sayang, usah ragu dengan takdir..
Mungkin kita berbeza haluan, berakhirnya cerita percintaan, segalanya, ketentuan Tuhan….



Aku menulis warkah ini buatmu, kerana, aku ingin kau tahu betapa dalam nya cintaku padamu…
Sayang, pertama kali kita bertemu 3 tahun lalu….
Aku sesungguhnya tidak tahu yang kau ialah milik insan lain. Kau mendekatiku.. dan daripada seorang rakan, menjadi sahabat, dan kau telah mencuri hatiku, dan kau menjadi seseorang yang sangat istimewa di hatiku.


Kini, kau hadir sekali lagi di pertemuan yang kedua kalinya… ku akui, kubahagia tika kau tiba.. dan aku tidak menginginkan perpisahan berlaku antara kita.. aku mencuba yang terbaik untukmu sayang..  menghilangkan terus bayang-bayang silam, tanpa menoleh kebelakang lagi. Walaupun semua menidakkan perbuatanku itu… aku tinggalkan dia untukmu yang baru hadir beberapa minggu kepadaku… ternyata, kasih sayangku kepadamu tak pernah padam.

Sayang, aku keliru mengapa aku tidak bisa melupakanmu.. sedangkan kita pernah berpisah…

Sayang, aku ingin sekali bertanya kepadamu satu soalan…. Kerana aku masih belum menemukan jawapan.. kerana terlalu banyak yang berkata.. aku keliru.. mana mungkin insan sepertimu, ingin memiliki diriku……?  dan ia masih menjadi persoalan hingga ke hari ini…

Sayang, tiada air mata yang mampu kutangisi lagi…  semalaman aku menangisi apa yang berlaku… sendirian, (removed) tanpa kehadiran seorang teman…  kerana, aku tak sanggup membuka cerita kita yang kelihatan sangat bahagia di mata mereka…  sayang, ayat-ayat yang kau tuturkan kepada mereka, masih terbayang dalam kotak fikiranku.. yang mana aku terbaca, maafkan aku kerana mengganggu ‘privacy’mu.. aku membacanya berkali-kali, untuk memastikan yang aku tidak silap. 


Tapi memang perkataan-perkataan itu hadir di situ, dan kau seperti merelakannya.. tidak mampu kuteruskan untuk membacanya… aku merasakan seperti satu penghinaan kepada cintaku padamu sayang… kerana aku tidak mampu membelaimu dengan gelak tawa, dan senda gurau seperti itu… aku tidak mampu… jika kau merasakan mereka dapat membahagiakanmu, aku terima… walaupun ianya pedih, sakit…. Aku akan cuba…

Sayang, aku tidak mampu meneruskan perhubungan ini tapi, dalam masa yang sama, aku juga tidak mampu untuk hidup tanpamu…

Sayang, dalam tanpa aku sedari, rupa-rupanya aku telah menyerahkan benteng diri ini iaitu… keseluruhan kepercayaanku… kini, bila cerita cinta kita terputus di tengah jalan, aku lemah.. aku jatuh.. aku tak mampu berdiri.. aku tiada kekuatan.. bagaimana harus kuteruskan kehidupan ini..?? dulu, aku jatuh, tersungkur, aku mengharapkanmu teguh di sisiku, namun, kau pergi jua… kini, perkara yang sama terjadi lagi, adakah kau mampu untuk pertahankan diriku..? adakah kau mampu bangkit bersamaku..?? atau kau hanya diam dan berlalu seperti dulu..? 


Sayang, kau lah penawar kepada sakitku, namun, kau juga racun dalam hidupku.. kenapa perhubungan kita selalu begini..?? mungkin kau tidak sedar, sudah beberapa pertelingkahan yang berlaku dalam masa 10 hari ini.. kenapa sayang..?? kenapa..?? adakah aku belum cukup menyayangimu…?? Adakah cinta kita sudah rapuh..?? adakah sudah ada yang lain di hatimu..?? adakah pengorbananku belum cukup buatmu..?? adakah aku yang menjadi penghalang..?? adakah aku belum layak untukmu...?? adakah aku belum sempurna di matamu..?? adakah aku bukan insan yang sebenarnya yang kau inginkan..?? Semua nya di tanganmu Sayang.. aku tidak mampu mengubah segalanya kerana segala jawapan ada di tanganmu… bagiku, satu jawapan yang perlu kau tahu, tiada apa yang bisa menafikan cinta ku padamu…

Sayang, terlalu banyak pengorbanan yang aku lakukan untukmu… tapi, kau tidak pernah tahu.. biarlah, ia menjadi rahsia hatiku… aku melalui liku hidup yang penuh ranjau.. tapi, aku mencuba yang terbaik untuk memastikan kau sentiasa di sisi… aku buang segalanya yang bisa menjadi punca konflik kita.. aku hilang kan ia terus.. lenyap.. dan kini, aku tahu, ia adalah perkara terbaik yang aku telah lakukan dahulu untuk mu.. walaupun itu menjadi isu perbalahan antara kita.. aku masih ingat hari itu, di tempat itu...(removed). Aku terima diri dimarahi kerana tidak mahu menunjukkan ia kepadamu kerana aku tidak sanggup melukakanmu kelak.


Dan, aku jua sebenarnya mengharapkan yang kau juga berbuat seperti itu… hilangkan dari pandangan mataku.. supaya aku tidak terluka.. namun, kau mengendahkan perasaanku.. dan masih meneruskan perkara yang kau sendiri tidak menyukainya.. kau marah, ‘jealous’ dan tidak boleh terima keadaan, apabila ada yang menghantar mesej di facebook, (walaupun sekadar menghantar jemputan kenduri)… juga apabila, aku menanyakan jalan untuk ke Shah Alam… apabila ada rakan sekolahku mengajakku berbual kosong. Aku masih ingat batasku sebagai seorang yang memiliki komitmen terhadap insan yang aku kasihi dan seorang yang bergelar kekasih. Aku tidak pernah menggunakan perkataan yang boleh memberi tanggapan yang salah kepadamu… kerana aku tidak mampu melihat kau bersedih lagi atas kejadian yang lalu…

Sayang tiada lain yang kuinginkan daripadamu ialah, keikhlasan kau untuk mencintaiku. Dan keihklasan itu harus datang bersama batas pergaulan, kematangan, dan sedikit pengorbanan kau kepada ku.. namun, jika kau merasakan yang kau tidak mampu untuk memberikan pengorbananmu, maka, aku rela diri ini kau korbankan.. aku rela sayang; walaupun ia sakit. Lebih sakit dari kesakitan yang aku tanggung oleh penyakitku ini… buat pengetahuanmu, doktor mengatakan yang aku harus berada di tahap berjaga-jaga..(removed) tapi tidak mengapa, insyaAllah aku mampu mengharunginya berbekalkan cinta dari mama dan abah serta sedikit bekalan cintamu sayang.. tiada apa yang perlu dirisaukan, kerana sayangmu ini masih boleh bertahan.

Sayang, aku menulis ini, bukan untuk meletakkan kesalahan di bahumu sayang. Aku Cuma mahukan kau untuk sedar, yang aku sebenarnya banyak berkorban untukmu, cuma kau sahaja yang tidak tahu dan tidak menyedarinya. Juga, aku ingin kau sedar yang perbutanmu itu bukan sekadar gurauan bagiku.. itu bukan cara org bergurau sayang.. melainkan mereka bergurau untuk mengambil hati orang yang yang sedang bergurau itu... … and, my heart is not a joke too.. tak salah untuk kau bergaul dengan yang lain, cuma, ia hanya sekadar kawan, bukan teman tapi mesra sekalipun.. kerana aku bukan seorang yang tabah seperti Kak Emma yang sanggup bermadu.. aku tidak sanggup.


Dan kau harus sedar, yang sayangmu ini tidak mempunyai adik-beradik lain, jadi, dari situ juga kau sedar yang aku tidak bersedia untuk berkongsi apa-apa dari sesiapa. Dan, apabila menjadi satu-satunya anak dalam keluarga, aku menjadi seorang yang sangat sensitif. Hatiku mudah teusik walau dengan sekecil-kecil hal sekalipun.. kau harus sedar perkara itu…

Sayang, ingin memohon maaf atas segala perkara yang telah membuatmu sakit.. kalau lah kau tahu mengapa aku berbohong kepada mu, kaumungkin dapat menerimanya.. aku akui kesilapan ku… aku khilaf, aku janji ia takkan berulang lagi jika kita masih bersama… bawalah kenangan kita jauh dari sisimu kerana mungkin, dengan itu, kau bisa melupakan diriku yang serba kekurangan ini dengan perlahan… aku tak mampu mengikatmu dengan menjadi kekasihku lagi, kerana, kau pernah mengatakan yang aku ini mempermainkan dirimu hidup-hidup… satu tuduhan yang aku tidak mampu terima sayang… aku tak mampu terima… aku tidak sekejam itu sayang.. tidak, mana mungkin hati selembut aku ini mampu mempermainkan mu....tidak mungkin.. berjalan sambil memandang kehadapan juga tidak mampu, inikan pula mempermainkan hatimu... aku harap kau sedar akan kata-katmu itu..


Ya Allah, aku tidak mampu menahan airmata ini lagi… beri lah kekuatan-Mu kepadaku… kalau benar, dia milikku, berilah aku ketabahan… tabahkan lah diriku untuk menempuhi ujian percintaan ini.. sesungguhnya, aku sangat dan masih mencintainya.. dan aku telah mencintainya sepenuh hatiku.. Kau tetapkan lah hatinya untuk menjadi milikku.. Kau berikan lah dia cinta yang tetap agar dia mencintaiku. Ya Allah, sesungguhnya aku masih mahu bersamanya tapi bukan sebagai Shafiq yang sekarang, tapi, sebagai Shafiq yang pertama kali aku kenal dahulu… aku rindu akan Shafiq yang dulu ya Allah,… 

Ya Allah, berikan lah aku petunjuk-Mu supaya aku teguh dengan  keputusanku. Aku tidak mampu melihat dia menderita, kerana, aku jua merasainya walaupun beliau tidak tahu dan sedar akan itu. Kau berilah petunjuk kepada beliau juga yang bahawasanya aku sangat mencintainya. Kau teguhkan lah jua hatinya supaya dia terus bersamaku hingga ke akhir hanyat. Sedarkan dia yang aku ini sangat mencintai dia. Kau redhoi lah perhubungan kami.. Sambungkanlah percintaan kami hingga akhir usiaku dan dia.. kerana dialah cintaku.. Kau berilah nikmat percintaan ini kepadanya jua dan aku menginginkan ia berpanjangan dan berkekalan..selamanya…


Kekasihmu;
Nadia Ibrahim
~ 10 ogos 2010
~ 12.12pm

Segalanya, ketentuan Tuhan…

4 comments:

  1. belle...
    x..kami berusaha untuk tidak akan break-up walau berapa tahun n berapa juh sekalipun... dia dan aku berjnji akan bersama dengan serious selepas 4-5 tahun dari sekarang... kalau dia setia, dia akan sentiasa menjadi milik aku... aku harap ko doakan yang terbaek wat kami....

    ReplyDelete

brooch 01

brooch 01
rm 2.50 per pair

brooch 02

brooch 02

brooch 3

brooch 3

hp accessories

hp accessories
rm 2.50 each

hp accessories 02

hp accessories 02
rm 2.50 only..(close up)

hp accessories 04

hp accessories 04
rm 2.50

hp acessories 05

hp acessories 05
rm2.50

hp accessories 06

hp accessories 06
rm 2.50

hp pouch 01

hp pouch 01
rm 4.50

hp pouch 02

hp pouch 02
rm 4.50 only..